Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa...
Namun, ada juga yang terbawa-bawa dengan sifat-sifat yang kurang menyenangkan.
Peribahasa yang membentuk topik kali ini membawa maksud, "tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih..." (lelaman web Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia).
Setiap diantara kita pasti pernah mengalami saat-saat di mana kita terlupa untuk bertegur sapa dan bertanya khabar sesama keluarga, saudara mara, sahabat handai dan juga tetangga kita. Malah, yang paling mengecewakan adalah sikap kita yang selalu terlupa mengucapkan Terima Kasih.
Seringkali kita terlupa untuk mengucapkan Terima Kasih setelah menerima sesuatu, dan juga terlupa mengucapkan Alhamdulillah saat mendapatkan sesuatu kebahagiaan ataupun sesuatu yang menyenangkan.
Ucapan seringkas Terima Kasih itu sebenarnya banyak ertinya. Diantaranya, maksud dari lelaman web Kamus Dewan, mengucapkan terima kasih itu ertinya mengucapkan syukur (kerana menerima sesuatu).
Kadang kala, terfikir juga, sekiranya orang lain terlupa mengucapkan Terima Kasih pada kita, pasti ada sesetengah diantara kita yang akan berkata dalam hati mereka, “Orang dah beri, dah bagus. Tapi, tak tahu nak ucapkan Terima Kasih ke….?”
Mungkin ada yang akan berkata bahawa itu kata-kata mereka yang tidak ikhlas memberi. Tetapi, ada juga yang berkata bahawa memang lumrah manusia yang selalu terlupa untuk mengucapkan syukur pada yang Maha Esa apalagi mengucapkan Terima Kasih sesama umat manusia.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home