Takkan Melayuku melayu di dunia...

Catatanku ini seakan mengubati kerinduanku pada bahasa melayu. Bahasa yang diharapkan dapat menjunjung budaya, ternyata telah dianaktirikan oleh bangsa sendiri. Apakah aku dapat meneruskan kegemilangan penggunakan bahasa melayu yang dicintai, ataupun kehadiran "blog" ku ini hanya akan mengingatkan sejauh mana bahasa ini bakal ditelan zaman? Tetapiā€¦kalau bukan kita yang majukan bangsa dan bahasa kita, siapa lagi?

My Photo
Name:
Location: Singapore

Perjalanan hidup kita ibarat putaran roda. Kekadang kita berada diatas, dan tanpa disedari kita boleh terus tergolek ke bawah. Kesederhanan hidup membantu kita untuk menghargai rezeki yang diberikan dan kesempitan hidup memberi kita kesempatan untuk mendapatkan berkat dalam kita mengecapi kebahagiaan dengan usaha dan doa...

Sunday, July 09, 2006

Oh ya, bahasa itu menunjukkan bangsa...

Tak kering gusi rasanya apabila aku menonton klip video Seniman Bujang Lapok yang dilampirkan pada blog temanku Hazrul. Kelakar betul. Sindiran jaga Singh tu betul-betul terasa tusukannya. Aduh~ Tak sangka, walaupun dah banyak kali menonton filem ni, baru kali ini aku dapat mendengar dengan jelas kata-kata sindiran itu.

Terfikir juga ya... Takkan kita nak tunggu sehingga ada bangsa lain mengingatkan kita tentang bahasa yang patut kita agungkan.

Aku mengaku, aku ni pun banyak tabiat menggunakan kata-kata yang samada tiada makna ataupun yang tak kena langsung maknanya dengan penggunaannya. Alahai, nak contoh? Ah, tengoklah di bawah ni:

kerek & terror - Kerek betullah budak tu. Macam terror sangat je...
hairan bin ajaib - Hairan bin ajaib betul. Macam mana boleh hilang ni?
dekni / dektu - Tak ada ke orang lain yang nak menang? Asyik-asyik si dekni, kalau tak, si dektu.. aduh~
korang - Korang pergi tengok wayang tak nanti?
aiseyman - Aiseyman, lambat lagi. Mesti kena denda lagi ni...
aik - Aik, salah lagi...

dan lain-lain lagi lah... Nak makna pula? Oh....tidak... Cubalah fahamkan sendiri ya...

Tu lah, kalau selalu komentari-komentari aku ni macam menyindir orang, tapi kali ni, biarlah aku berterus-terang tentang kelemahan aku sendiri.

Membuka pekung di dada? Eh, tidaklah, setakat mengongsi gaya bahasa macam apa yang anak-anak muda sekarang gunakan. Kebanyakannya bermula hasil berkembangnya budaya SMS (Short Message Service/Khidmat Pesanan Ringkas). Akibatnya, banyak perkataan-perkataan Melayu yang sedap-sedap, rosak jadinya. Nak contoh lagi?

hari ini - nyari/nari
sekejap/kejap - jap
belum - lum/lom
rumah - umah
saja - aje/je
terima kasih - acih/macih
selamat - camat
betul - tul/tol
percaya - caya
merepek - mepek
ambil - amik

Hai...itulah budaya SMS..

Kadangkala secara tidak sedar, kita pun menggunakan singakatan-singkatan (tidak arsmi) seperti di atas, untuk perbualan seharian kita. Dan untuk para pelajar pula, untuk karangan-karangan mereka. Nak dikasihankan atau dibiarkan ikut suka hati mereka? Mungkin yang cara yang terbaik adalah, bagi setiap perkataan yang salah, didenda menulis semula perkataan itu 100 kali.. Itu baru namanya belajar, kan? Kalau tak buat silap, macam mana kita nak belajar?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home