Idola sana sini...
Di Singapura ada Singapore Idol atau Idola Singapura dan rancangan Anugerah yang dibuat seakan-akan pertandingan Idola tersebut.
Di Malaysia ada Malaysian Idol atau Idola Malaysia (lagi...), One in A Million, Mentor dan Akademi Fantasia. Itu yang saya tahu. Yang saya tak tahu, berapa lagi agaknya.
Di Indonesia pula ada Indonesian Idol atau Idola Indonesia (ah...lagi..), Kontes Dangdut Indonesia (KDI), Audisi Band Gelo (ABG), dan macam-macam lagi.
Sepertinya, pertandingan ala American Idol ini semakin meluas dan menarik minat banyak pertubuhan untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan seperti ini. Dan ia juga turut menarik minat ramai orang untuk
menyertainya. Buktinya, ujibakat Idola Singapura tahun ini menarik jauh lebih banyak penyertaan berbanding musim yang pertama, dua tahun lepas.
Ramai yang masih tertanya-tanya apa agaknya daya tarikan rancangan seperti ini yang membuat orang berpusu-pusu menyertainya?
Mungkin atas sebab-sebab populariti (yang melonjak naik sebelum menang), pendedahan bakat (walaupun setakat masuk peringkat suku akhir pun jadi lah, asalkan dapat meluahkan bakat yang ada) ataupun sekadar mencuba-cuba sesuatu yang baru?
Bagi diriku, tiada apa yang dapat dibanggakan sekiranya seseorang itu memenangi sesebuah pertandingan atas dasar undian penonton/peminat sahaja. Maklumlah, cinta itu buta. Bila dah mata dah terpikat, hati jadi tertawan dan undian pun ditabur-taburkan untuk si dia.. Kalau begini, maknanya si dia yang paling ramai teman dan peminat yang bakal menang, tidak mengira samada beliau mempunyai bakat yang bagus ataupun tidak.
Sejak mula-mula rancangan Idola ini disiarkan (dari siri Idola Amerika dulu), aku memang kurang minat dengan cara pengadilannya. Tetapi, dalam benakku, terfikir juga bahawa kita mesti yakin dengan kepintaran penonton dalam memilih si pemenang.
Ketika rancangan Idola Singapura pertama kali dianjurkan di Singapura, aku kurang mengikutinya pada saat-saat permulaan, tapi apabila rancangan tersebut beransur ke peringkat-peringkat terakhir, hati ini mula tergerak untuk menontonnya. Ialah, kalau bukan kita yang menyokong bakat tempatan kita, siapa lagi kan?
Masih segar lagi dalam ingatanku ketika mula-mula melihat Taufik membuat persembahan. Suara bagus, tapi kurang menyengat. Persembahannya pula agak malap. Tetapi, yang bagusnya tentang Taufik ni, beliau berusaha untuk merubah tanggapan penonton mengenai bakatnya. Peningkatan dari segi vokal dan persembahan Taufik amat memberangsangkan.
Akhirnya, apabila Taufik dinobatkan sebagai Idola Singapura yang sulung, aku sudah dapat mengagaknya. Yang pasti, kecoh dan bergegar Singapura jadinya. Taufik ditarik sana sini untuk menjadi duta produk dan juga jenama kedai serbaneka, 7-eleven.
Waktu pelancaran album pertama Taufik, belum lagi albumnya dijual di pasaran, orang ramai sudahpun menempah lebih 20,000 unit! Sejurus lepas itu, Taufik pun diberi anugerah platinum (betul tak?). Malah, sekarang Taufik sedang sibuk mengusahakan sebuah album Melayu yang turut menyertakan lagu Sombong, ciptaan temannya sendiri, Imran Ajmain.
Di Malaysia dan Indonesia juga tidak kurang hebatnya. Terutama di Malaysia yang sedang hangat dengan siri pertandingan Akademi Fantasia dan Mentor. Kini timbul pula pertandingan One in A Million. Malah, artis yang terkenal dengan lagu-lagu pop dan R&B, Dayang Nurfaizah, juga turut menyertainya. Baginya, beliau tidak takut kalah kerana dengan ini, beliau dapat menguji sejauh mana tahap kemantapan vokal dan persembahannya.
Beruntung artis-artis baru kita ini yang populariti mereka terus melonjak naik walaupun baru menceburi bidang seni ini. Kita hanya mampu berdoa agar mereka terus mempertingkatkan diri dengan ilmu (agar tidak ketinggalan, seperti Dr Fazley), dan sentiasa memperbaiki mutu persembahan mereka (agar terus kekal bersaing).
Bagiku, kalau setakat beri sokongan, boleh lah. Tapi, kalau nak suruh aku minat sampai fanatik, bak kata Hafeez Glamor, Boleh Jadi Biol~
0 Comments:
Post a Comment
<< Home