Merdeka...! Merdeka...!
Di sana sini, warganegara Singapura sudah mula mempamerkan panji-panji negara yang menjadi kebanggaan semua. Terasa syahdu dan sayu pula mengenangkan kelas pelajaran sejarah dulu...
Kini, setiap tahun aku nantikan, dengan penuh bangga dan berdebar-debar, perayaan hari kebangsaan yang sentiasa dipenuhi dengan warna warni pelbagai macam persembahan. Dan tentunya, yang paling menarik perhatianku adalah apabila pesawat-pesawat pejuang membuat penerbangan lalu dan mengibarkan bendera Singapura...!
Tahun ini, tahun terakhir Perayaan Hari Kebangsaan akan diadakan di Stadium Kallang. Setelah itu, stadium bersejarah tersebut terpaksa memberi laluan kepada pembinaan kompleks sukan baru.
Walaupun tidak dapat meraikannya bersama-sama di stadium, aku tetap meraikannya dengan meriah di rumah bersama seluruh keluargaku.
Teringat lagi, dua tahun lalu, aku beserta mama, adik dan jiranku sanggup meredah lautan manusia ke Stadium Promenade untuk menyaksikan persembahan bunga api dengan lebih dekat lagi. Indah sungguh rasanya.
Namun, sejauh mana kita mengetahui mengenai detik-detik manis Hari Kemerdekaan kita, iaitu pada tanggal 9hb Ogos 1965? Hari Kemerdekaan yang dirayakan dengan penuh kesyukuran dan gilang gemilang (seperti dalam contoh duit kertas lama satu dolar di bawah ini), di mana babak utamanya adalah acara perbarisan dan perarakan semata. Namun, generasi sekarang (termasuk diriku sendiri) hanya mengetahui mengenai detik bersejarah tersebut melalui kelas pelajaran sejarah di sekolah.
Terlalu banyak pengorbanan terpaksa dilakukan demi menyelamatkan negara tercinta. Perang, seksaan dan jajahan. Itu semua pernah dilalui oleh nenek moyang kita. Tetapi, bak kata pepatah, tentu ada suatu hikmah di sebalik segala yang berlaku. Selesainya perang dunia, Singapura menjadi lebih maju, dan berjaya di mata dunia. Banyak perkara yang kita pelajari dari pengalaman berperang dan dijajah, hinggalah ke detik-detik manis kemerdekaan dan membina negara Singapura yang maju kini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home