Permainan Tradisional...
Hmm... Adakah kalau bukan kerana projek sekolah, adik itu takkan cari tahu mengenai permainan-permainan tradisional zaman ibu bapanya?
Malah, ada diantara teman-teman yang kata, "Kuno nya permainan zaman dahulu..."
Ya lah, memang kuno kalau dibandingkan dengan kemewahan permainan video dan komputer yang ada sekarang. Tetapi, sekuno-kunonya permainan-permainan pada zaman itu (dan zaman saya juga, lebih sepuluh tahun dahulu..), kebanyakannya menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula. Lebih jimat dan mesra alam tau!
Contohnya, batu serembat [nama sebenarnya, batu seremban] itu merupakan pasir kasar ataupun kacang hijau yang dibungkus dan dijahit dalam kain-kain perca. Dalam permainan congkak pula, lubang-lubangnya dikorek di tanah dan menggunakan guli ataupun batu-batu kecil sebagai biji-bijinya. Kalau menggunakan papan congkak (untuk yang mampu), bijinya pula merupakan biji saga ataupun biji asam jawa.
Ada juga permainan-permainan yang tidak perlu dibeli langsung bahan atau perkakasnya, seperti tarik upeh (gunakan daun upeh kering) dan tengteng (cuma beli kapur, atau gunakan batu putih sahaja untuk melukis).
[Kiri -> kanan]
(1) Tengteng pada zaman aku dulu. Tak tahu pula rupanya pada zaman mama dan abahku dulu..
(2) Congkak tanah. Ni pula pada zaman mama dan abah aku dulu, termasuk juga nenek moyangku..
(3) Tarik upeh zaman moden. Berlantaikan batu, kalau dulu, orang tarik upeh di hutan, padang, belakang rumah...
(4) Batu seremban (atau lebih dikenali sebagai batu serembat)
Pada zaman saya pula, ditambah dengan lawan pemadam ala kuti-kuti zaman ibu (pemadam empat persegi bergambar bendera negara), di mana siapa yang kalah akan kehilangan pemadamnya. Waktu tu, pemadam yang murah tu dijadikan objek utama dalam pelbagai jenis permainan.
Antara permainan yang pernah dan masih hangat hingga kini adalah yeyeh [lompat getah] ataupun zero-point. Waktu saya di sekolah rendah dahulu, pelajar lelaki pun turut sama bermain! Sampai kita pelajar perempuan (yang ketot-ketot ni) asyik kena buli saja.
Tapi, itulah keseronokan zaman kanak-kanak. Banyak lagi permainan tradisional yang tidak sempat saya coretkan di sini. Diantaranya, permainan gasing dan capteh yang masih popular di kalangan orang dewasa dari zaman dulu, hinggalah sekarang....
[Kiri -> kanan]
(1) Si Gasing yang diminati kaum adam..
(2) Capteh zaman klasik..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home