Oh ya, bahasa itu menunjukkan bangsa...
Terfikir juga ya... Takkan kita nak tunggu sehingga ada bangsa lain mengingatkan kita tentang bahasa yang patut kita agungkan.
Aku mengaku, aku ni pun banyak tabiat menggunakan kata-kata yang samada tiada makna ataupun yang tak kena langsung maknanya dengan penggunaannya. Alahai, nak contoh? Ah, tengoklah di bawah ni:
kerek & terror - Kerek betullah budak tu. Macam terror sangat je...
hairan bin ajaib - Hairan bin ajaib betul. Macam mana boleh hilang ni?
dekni / dektu - Tak ada ke orang lain yang nak menang? Asyik-asyik si dekni, kalau tak, si dektu.. aduh~
korang - Korang pergi tengok wayang tak nanti?
aiseyman - Aiseyman, lambat lagi. Mesti kena denda lagi ni...
aik - Aik, salah lagi...
dan lain-lain lagi lah... Nak makna pula? Oh....tidak... Cubalah fahamkan sendiri ya...
Tu lah, kalau selalu komentari-komentari aku ni macam menyindir orang, tapi kali ni, biarlah aku berterus-terang tentang kelemahan aku sendiri.
Membuka pekung di dada? Eh, tidaklah, setakat mengongsi gaya bahasa macam apa yang anak-anak muda sekarang gunakan. Kebanyakannya bermula hasil berkembangnya budaya SMS (Short Message Service/Khidmat Pesanan Ringkas). Akibatnya, banyak perkataan-perkataan Melayu yang sedap-sedap, rosak jadinya. Nak contoh lagi?
hari ini - nyari/nari
sekejap/kejap - jap
belum - lum/lom
rumah - umah
saja - aje/je
terima kasih - acih/macih
selamat - camat
betul - tul/tol
percaya - caya
merepek - mepek
ambil - amik
Hai...itulah budaya SMS..
Kadangkala secara tidak sedar, kita pun menggunakan singakatan-singkatan (tidak arsmi) seperti di atas, untuk perbualan seharian kita. Dan untuk para pelajar pula, untuk karangan-karangan mereka. Nak dikasihankan atau dibiarkan ikut suka hati mereka? Mungkin yang cara yang terbaik adalah, bagi setiap perkataan yang salah, didenda menulis semula perkataan itu 100 kali.. Itu baru namanya belajar, kan? Kalau tak buat silap, macam mana kita nak belajar?