Takkan Melayuku melayu di dunia...

Catatanku ini seakan mengubati kerinduanku pada bahasa melayu. Bahasa yang diharapkan dapat menjunjung budaya, ternyata telah dianaktirikan oleh bangsa sendiri. Apakah aku dapat meneruskan kegemilangan penggunakan bahasa melayu yang dicintai, ataupun kehadiran "blog" ku ini hanya akan mengingatkan sejauh mana bahasa ini bakal ditelan zaman? Tetapiā€¦kalau bukan kita yang majukan bangsa dan bahasa kita, siapa lagi?

My Photo
Name:
Location: Singapore

Perjalanan hidup kita ibarat putaran roda. Kekadang kita berada diatas, dan tanpa disedari kita boleh terus tergolek ke bawah. Kesederhanan hidup membantu kita untuk menghargai rezeki yang diberikan dan kesempitan hidup memberi kita kesempatan untuk mendapatkan berkat dalam kita mengecapi kebahagiaan dengan usaha dan doa...

Friday, July 14, 2006

Minum MILO anda jadi sihat dan kuat...














Lagu iklan MILO yang akan sentiasa menjadi pujaan hatiku....


Hai~ Betul kata orang-orang tua dahulu, ibu mana yang tak sayangkan anaknya. Ialah, kasih ibu kan dibawa ke syurga. Apa juga sanggup dilakukan oleh si ibu demi untuk kebaikan dan keselamatan anaknya. Begitu juga demi kesihatan anak-anak yang tersayang.

Masa kecil-kecil dahulu, mama aku selalu buatkan aku air Milo, kekadang tukar pada Ovaltine. Katanya, biar tambahkan tenaga.

Bila dah dewasa sikit, dibelikan Booster pula. Tapi entah kenapa, tekak ni tak dapat terima pula si Booster tu. Jadi, aku tetap dengan Milo pujaanku...

Sekarang ni, kalau kita perhatikan, berbagai-bagai jenis dan jenama makanan dan minuman tambahan yang timbul, bak cendawan tumbuh selepas hujan.


Ada Booster Halal Foods, Booster Brain Foods, Lipospray Memory Plus Exams (sembur bawah lidah, ni pun aku pernah cuba), IQ Plus, Megaherbs dan macam-macam lagi lah.. Mengancam sungguh senarai ni kan? Tapi, kalau diikutkan hati, senarai ini pasti lebih panjang lagi...................



Dulu, ada salah sebuah jenama makanan kesihatan ini (tak boleh lah dedahkan namanya), sampai kena komen teruk di akhbar kerana dakwaan kononnnya boleh membuat anak-anak lebih pandai. Setelah itu, syarikat tersebut telah menukar sedikit cogankata mereka, iaitu membantu meningkatkan kesihatan mental si anak dan sebagainya lah...

Tapi, yang penting, kita tahu bahawa makanan-makanan kesihatan ini setakat membantu tapi tidak membuat kita pandai. Ya lah, kita hanya merancang dan berusaha, tapi Allah SWT yang menentukan. Kalau setakat minum Booster atau makan Megaherbs, tapi tak berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh, takkan boleh lulus atau dapat keputusan cemerlang, kan?

Kesimpulannya ialah, belajar dengan rajin, makan dengan sempurna dan berdoalah dengan seikhlas-ikhlasnya..