Siti... Siti... Siti...
Kasihan artis-artis kita ni. Dari hujung rambut ke hujung kaki, semua perkara orang nak tahu. Soal jatuh bangun si artis itu lah, soal percintannya lah, dengan siapa dan bila beliau akan berkahwin lah....
Alahai, berilah mereka sedikit ruang peribadi, seperti kekata istilah Inggeris, give them some personal breathing space.
Akhirnya, Cik Siti Nurhaliza kesayangan ramai telahpun mengumumkan tarikh pertunangan dan pernikahannya, dan langsung mendedahkan siapa jodoh pilihan hatinya selama ini. Ramai mungkin lega, tetapi masih ada juga yang tidak puas hati. Teruk Cik Siti dikatakan sebagai mengecewakan dan Datuk Kalid dicemuh dan dituduh macam-macam.
Seperti ungkapan dalam lagu Imran Ajmain, Sayang yang sudah tu sudah....
Biarlah dia dengan kehidupannya. Tidak perlu kita masuk campur dan membuat Siti berkecil hati pula. Sekurang-kurangnya, beliau hormat dengan para peminatnya dengan tidak bernikah secara senyap-senyap.
Artis pun ada kehidupan sendiri, janganlah kita cuba mengatur atau menjaga tepi kain mereka. Jangan sampai khabar angin yang diterima dan disebarkan sebenarnya bohong belaka, dan kita pula yang menanggung dosa kerana menyebarkan fitnah. Bagiku, aku cuma doakan Siti dan mana-mana artis lain agar dipanjangkan jodoh. Semua ini kan sudah ketentuan Tuhan.
Yang penting, jangan sampai khabar angin yang dibawa menyebabkan kesedihan dan kedukaan....