Takkan Melayuku melayu di dunia...

Catatanku ini seakan mengubati kerinduanku pada bahasa melayu. Bahasa yang diharapkan dapat menjunjung budaya, ternyata telah dianaktirikan oleh bangsa sendiri. Apakah aku dapat meneruskan kegemilangan penggunakan bahasa melayu yang dicintai, ataupun kehadiran "blog" ku ini hanya akan mengingatkan sejauh mana bahasa ini bakal ditelan zaman? Tetapiā€¦kalau bukan kita yang majukan bangsa dan bahasa kita, siapa lagi?

My Photo
Name:
Location: Singapore

Perjalanan hidup kita ibarat putaran roda. Kekadang kita berada diatas, dan tanpa disedari kita boleh terus tergolek ke bawah. Kesederhanan hidup membantu kita untuk menghargai rezeki yang diberikan dan kesempitan hidup memberi kita kesempatan untuk mendapatkan berkat dalam kita mengecapi kebahagiaan dengan usaha dan doa...

Monday, July 10, 2006

Minat... Suka... Gila!!!

Hairan sungguh apabila melihat orang-orang yang sampai sanggup ambil cuti sakit (MC) hanya untuk berehat setelah menonton pertandingan bolasepak yang diadakan sekali setiap empat tahun ini - "Cawan Dunia" @ "World Cup" (tapi kan, maskot World Cup tahun ni comel betul...).


Aku dulu pun minat bola juga. Tapi kita seharusnya tahulah berpada-pada, janganlah hingga jadi gila bola pula.

Kadangkala, kita tidak sedar, bilakah masanya kita menjadi terlampau meminati sesuatu sehingga kita tidak hiraukan orang disekeliling kita.

Mula-mula minat biasa je. Lepas tu jadi suka sangat. Alih-alih saja, kita jadi gila pula.

Tanda-tanda orang yang jadi minat gila pada sesuatu atau seseorang, contohnya bola:

Makan ingat bola
Nampak saja si bebola ikan (fishball), teringatkan malam ni ada bola. Jadi, tak boleh makan berat-berat, nanti kekenyangan sampai tertidur pula.

Tidur tak lena, asyik tengok jam saja
kejap-kejap terjaga, tengok jam, lepas tu tidur semula. Bukannya kena penyakit insomnia, tetapi penyakit cari sendiri. Tu tak lain, tak bukan, nak tengok samada dah mula perlawanan bolasepak lah tu. Terutama sekali kalau pertandingan tahun itu diadakan bukan di negara Asia, pasti jam 1 pagi dah bangun untuk siap sedia.

Tak dapat memberi tumpuan pada waktu kerja
Asyik fikirkan nak beri alasan apa untuk ponteng kerja esok. Kerana, esok pagi ada perlawanan penting. Alahai~

Mata rambang
Rambanglah mata tu bila melihat cenderahati-cenderahati khas yang dipasarkan sempena pertandingan hebat tu. Kalau dah minat dengan sesebuah pasukan tu, kalau boleh semua cenderahati berkenaan dengan pasukan tu mesti dia nak beli... Kasihan kocek tu..

Lupa segalanya
Asyik lupa saja. Lupa temujanji dengan kawan lah. Ataupun lupa janji nak temankan isteri pergi beli barang dapurlah. Lupa hari lahir anak lah.. Macam-macam lagi... Dan yang paling dahsyat, sampai lupa makan, mandi dan tidur.. Ish..Ish..Ish..

Itu sajalah diantara contoh-contoh orang yang gila bola. Minta-minta dijauhkanlah ya...