Guru akan kurangkan waktu mengajar, Anak murid pula makin kurang ajar?
" SEBANYAK 21 sekolah lagi telah dipilih Kementerian Pendidikan (MOE) untuk menyertai skim inovasi kurikulum di bawah program Kurangkan Mengajar, Lebihkan Belajar (TLLM)... Sekolah-sekolah itu dipilih kerana telah mencuba pendekatan baru seperti memperkenalkan sukatan pelajaran berbeza, menggunakan teknologi maklumat dan kaedah baru serta kreativiti dalam skop dan isi kandungan mata pelajaran... "
Hmm.. bagus juga idea tu. Guru-guru boleh rehatkan sikit otak yang dah sarat dengan bebanan tugasan seharian. Aku ada dengar banyak keluhan rakan-rakan guru. Antaranya, guru-guru yang sudah penat mengajar, kena juga menulis laporan hampir setiap hari, kena buat perancangan pelajaran seharian dan ada juga yang memberi khidmat kaunseling pada pelajar.
Mungkin dengan pengurangan waktu mengajar dapat membantu guru-guru kita untuk merehatkan sedikit otak yang penat tu agar dapat berfikir dengan lebih baik kelak.
Ada juga aku terbaca kisah beberapa sekolah yang memulakan sekolah lambat pada hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Seperti Sekolah Prebysterian Kuo Chuan yang bermula pada jam 9 pagi setiap hari Isnin, hari yang mereka gelar "Manic Monday". Ia bukan sekadar memberi peluang kepada para pelahar untuk bangun lambat, malahan ia memastikan guru-guru menggunakan waktu tersebut bukan untuk membuat kerja-kerja sekolah, tetapi untuk beriadah dan bersukan.
Sekarang guru-guru di sekolah tersebut tiada alasan untuk mengelakkan diri daripada bersenam dan beriadah...
Tetapi, apabila dibelek semula berita ini, apakah ia akan bermanfaat pada para pelajar kita?
YA -
Para pelajar akan menjadi lebih cerdas dalam pemikiran mereka. Setiap kali mereka membaca dan membuat bacaan pra-belajar, dari situ mereka akan menyerap segala apa yang dibaca dan cuba memahaminya. Ia akan menerap sikap disiplin pelajar kerana mereka tahu, guru tidak akan mengajar topik tersebut, hanya memberi ulangan ringkas sekiranya perlu. Segala nota dan keperluan topik tersebut akan disediakan secara online.
TIDAK -
Para pelajar akan sambil lewa dan mengabaikan pelajaran mereka. Mereka akan mula hilang rasa hormat pada guru sekiranya program seperti ini terlalu kerap dilakukan. Ada juga akan merasakan bahawa ponteng kelas itu pun lebih baik, kerana pada mereka, segala bahan untuk pelajaran sudah disediakan dan pergi sekolah pun buang masa saja.
Kesimpulannya, semua terpulang pada cara sekolah mengendalikan program tersebut. Andaian-andaian saya (di atas) mungkin salah, tapi mungkin juga ada betulnya. Cuma kita berdoalah untuk yang terbaik....