Sesuci hati ibu...
Aku lihat mama yang bertungkus-lumus memasak, mengemas rumah dan menyiapkan keperluan harian kami anak beranak. Abah pula penat pulang dari kerja syif malam, dan perlu makan ubat setiap hari. Mereka ini sering melakukan segala tugas ini tanpa bersungut. Rasanya aku masih belum cukup berjasa pada kedua orang tuaku.
Buat masa ini, aku hanya mampu berdoa untuk kesihatan dan kebahagiaan mereka. Untuk membantu menyara keluarga pun aku belum mampu. Aku hanya berharap agar boleh mendapatkan pekerjaan tetap secepat mungkin. Kontrak kerjaku dengan syarikat perkapalan ni akan berakhir pada pertengahan September ini.
Setiap kali aku keluar, sekali sekala pasti aku terlihat anak-anak yang membentak ibu mereka. Kalau mereka tidak dapat apa yang mereka inginkan, pasti mereka menyalahkan ibu mereka. Kenapalah masih ramai anak-anak yang tidak tahu menghargai jasa ibu? Hanya kerana perkara keduniaan yang kecil, mereka sanggup melukakan hati ibu.
Mungkin mereka kurang pendedahan pada cerita-cerita rangsangan seperti Si Tanggang (lakonan Jins Samsudin) dan Ibu (lakonan Allahyarham P.Ramlee). Cerita-cerita begini amat memberi keinsafan kepada kita. Betapa kuatnya kasih sayang seorang ibu kepada anaknya dan betapa beratnya hukuman bagi seorang anak yang derhaka kepada ibunya.
Sedangkan Nabi kita pernah berpesan bahawa ibu adalah orang yang utama yang harus kita sayangi dan hormati. Seringkali kita lupa bahawa ibu telah berusaha sedaya mungkin untuk memberikan kita kesenangan dan kebahagiaan. Kadangkala aku juga membuat silap dengan mamaku. Maklumlah, aku juga manusia biasa, yang tidak sepi dari membuat kesilapan. Tetapi, apabila aku sadar, aku terus meminta maaf atau cuba memujuk dengan menyenangkan hatinya.
Sebagai anak yang sulung, dan anak perempuan pula tu, mamaku sering meluahkan masalahnya padaku. Dia satu-satunya anak perempuan, dan nenek serta datukku pula sudah tiada. Ketika mendengarkan curahan hatinya, aku jadi sayu. Seorang ibu memang begitu banyak memendam rasa rupanya.
Tetapi aku bangga melihat sesetengah remaja sekarang yang dengan rela hati menemani ibu atau ayah mereka keluar. Samada untuk ke pasar, kelas agama ataupun setakat berjalan-jalan di taman sambil menghirup udara segar. Semoga Allah SWT memberikan kehidupan kepada lebih ramai lagi anak-anak seperti ini, yang jarang kita temui di zaman serba moden ini.
Cubalah kita ingat semula. Bilakah kali terakhir kita mencium ibu, mengucapkan Terima Kasih pada ibu ataupun mengucapkan Sayang pada ibu dan ayah kita? Adakah kita ingat untuk mengucapkan Selamat Pagi, Selamat Tinggal dan Selamat Malam pada ibu dan ayah? Dan yang paling mengusik hatiku adalah hakikat bahawa ada anak yang tidak mencium tangan ibu sebelum keluar rumah dan semasa pulang ke rumah, sedangkan masih tinggal sebumbung dengan ibu.
Dengan ini, aku ingin tujukan kedua-dua lagu yang berikut ini, khas buat semua ibu, baik yang muda mahupun yang sudah tua....
Engkaulah RATU Hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu, ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu, ibu
Engkaulah RATU Hatiku
Tempatku menyerah kasih
Wahai ibu...
Airmata Ibu - Siti Nurhaliza
Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
( korus )
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu
( bridge )
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu...